Adakah ini satu Tabungan???

Wednesday, August 3, 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum semuanya.....wah ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.....dalam kepala masih blurr aje nak masak apa hari ni. Buat rujukan di kemudian hari Akak nak tepek kejadian puding roti karamel yang Akak buat semalam sebagai pemanis mulut untuk juadah berbuka puasa semalam.


Resepi puding ni Akak dah lama KIV dari blog adik-adik dan rakan-rakan blogger yang telah lama dok try resepi-resepi menarik yang ke udara......akak pun dah beberapa kali buat puding ni tapi nak meng 'update' jer tak kesampaian. Akak rasa resepi ni sangat sesuai dengan tekak Akak dan anak-anak ...terutama si Reena dan Along.....kalau dibiarkan sebiji sorang pun dia orang boleh hadap ni!... Tapi Akak dah pesan awak-awal...bulan puasa ni kita kena control nafsu....bersederhanalah!

Kalau tak silap Akak resepi ni Akak tinjau dari Encik Google....akhirnya dia bawa Akak ke beberapa blog yang dah menghasilkan kejadian menarik ini.....antaranya dari blog Adik Hana Kanazawa...ermmmm (Akak masih berhutang dengan Dik Hana ni.....Akak tak lupa !)

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL 
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source: Hana@http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je. (Akak ikut Hana juga!)
Terima kasih Akak ucapkan buat penyumbang asal yang telah berjaya mencetuskan idea menarik dan berjaya menghasilkan karya yang sangat sedap di tekak.....Mohon halalkan ya perkongsian resepi dan ilham menarik ini dan juga moga di izinkan juga untuk Akak panjangkan lagi perkongsian ini dengan para pengunjung dapur sempit Akak ini.



Selepas di kukus........sejukkan .....dinginkan dalam peti sejuk selama beberapa jam...baru di telangkupkan untuk hidangan.....nyummmmy!


Bila dah betul-betul dingin....sejuk...nyaman....baru dipotong......untuk di makan!





Sangat sesuai untuk juadah berbuaka puasa.....jadi pada yang belum mencoba.....cobalah!!!Tak rugi tau!


Okaylah banyak lagi nak Akak selesaikan ni.....bila ada kelapangan baru Akak boleh hadap PC ni lama-lama sikit dan nak jawab apa yang perlu pada rakan taulan yang sudi tinggalkan jejak komen di dapur sempit Akak ni!!! Okaylah Akak minta diri dulu ya! Kita jumpa lagi nanti Insyaallah!


5 comments:

indahhouse said...

Salam kak watie,
yummmm.... cedapnya dessert kak watie. feberet nih. nanti kalu cukup bahan, nak buat juga. :)

ijayuji said...

Salam kak watie!!!! yummmyyyyy!!! tgk gula angus dia angusss tu lah yg kita suke, kita kalau buat puding2 ada gula hangus mesti akn lebihkan kuantiti utk gula angus dia tuu hihihi... mcm berkuah gituuu :D selamat berbuka buat akak nanti petang2 dah ba niii :D

Kak Rosaliza said...

Assalam kak watie, ank2 saya suka ngan puding telur. Kalo buat mesri setengah loyang tu sekali hadap je, itu lh sebabnya saya reka2 resipi jimat ni, tq kerana mencuba

Watierman, rmanbkr said...

Assalamualaikum para komentar:

Adik Nur > Waalaikum Salam Dik....mesti coba resepi mudah jer ni....akak dah beberapa kali buat kerana terpikat dengan kelazatan nya Dik....sungguh menyamankan tekak...bahan pun mudah jer tu...!

Dik Ikaaaa > Waalaikum Salam.....ermmmm betul tu Ika...kalau bergula hanggus biar lebih berair gitu...bila dipotong biar ada yang berkuah meleleh sikit...memang sedap...Selamat Berbuka juga buat Dik Ika di perantauan ya!

Dik Rosaliza > Waalaikum Salam Dik...Alhamdulillah...anak-anak Akak pun cerewet sikit bab puding bertelor ni...sebab tak suka bau hanyir gitu...tapi yang ini....dapat kelulusan "SIRIM" gitu...hehe terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ya Dik!

sue-sama said...

salam ziarah kak..sy peminat masak-masak..lom kawen lg..tp nak belaja bg pandai sblum kawen...


sy teringin nk wat puding roti karemel ni...bestnye klu ade pengukus dan oven kt sini :(