Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, May 20, 2010

Nak makan kuih Lopes....!

*.*

Assalamualaikum.....kembali semula....

Atas permintaan anak bujang Akak yang gemar dengan juadah pulut.....so Akak layankan ajelah...Akak ni jarang buat kuih muih berasaskan pulut.... Akak nak cepat...jadi Akak pergi menjenguk kat peti simpanan Mrs...Google....membawa Akak...ke dapur Ummi di Kuantan.....

Kuih ni Akak buat....ikut cara Ummi sebijik tau....dulu pernah wat kaedah microwave....since ada sikit lagi  daun pisang kat peti sejuk tu...kita layan resepi Ummi ni ya....Ummi.....KITA NAK MINTA IZIN HALALKAN YE...KITA GUNA RESEPI UMMI NI!!!...anak-anak nak makan kuih LOPES....!Terima kasih ya Ummi...sebab berkongsi resepi ni....kita nak copy & paste kat sini pulak ya...!


Untuk ke blog Ummi...klik sini!


Bahan Pulut Lopes:- ( 5 - 6 org)
  • 3 cawan beras pulut
  • *10 helai daun pandan - tumbuk/kisar halus ) kisar bersama
  • *2 cawan air )
  • secubit garam
  • Beberapa helai daun pisang - dilayu atas api
  • kelapa parut secukupnya + sedikit garam - dikukus sebentar
Bahan Air Gula:-
  • 2 keping gula kabung
  • 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan air
  • 1 helai daun pandan - disiat dan disimpul
  • sedikit jintan manis (optional)

#Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga gula larut. Tapis dan biar sejuk.
Cara Membuat Lopes:-
  1. Basuh beras pulut, toskan dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Tuang air jus pandan secukupnya, masukkan garam. Kacau rata.
  3. Tanak pulut di atas api sederhana. Bila hampir kering airnya, kacau2 rata dan keringkan sebentar(lebihkurang 4 - 5 minit). (*xpa kalu pulut 3/4 masak, sebab akan dikukus pulak lepas tu).
  4. Sejukkan sebentar.
  5. Sediakan daun pisang (kalau boleh lagi lebar lagi bagus) dan potong agak panjang agar balutan boleh digulung 2 lapis takut pecah.
  6. Letakkan lebih kurang 12 - 14 sudu besar pulut tadi di tengah2 daun pisang.
  7. Gulungkan sambil dikemaskan gulungan jadi bulat memanjang. (lebikurang berdiameter 2 1/2 inci)
  8. Ikat satu hujung dengan tali rafia, kemudian padatkan pulut sebelum diikat di satu bahagian lagi. Buat hingga pulut habis.
  9. Susun dalam periuk kukus dan kukus selama lebihkurang 15 - 20 minit.
  10. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Potong bulat selebar 1 cm dan gaulkan dengan kelapa parut. Hidangkan bersama dengan air gula merah/kabung.

EDISI BUAH MELAKA PULAK.......... juadah MINUM PETANG SEMALAM.....nampak hijau macam lopes jugak kan!!

Petang semalam sempat layan permintaan Nizam "Alang".....dia pulak nak makan buah melaka..ada setengah orang panggil onde-onde....tapi kami kat utara ni panggil "Kuih Buah Melaka ". Kuih ni berasaskan tepung pulut...senang sangat nak membuatnya.....rasanya semua orang tahu buat kuih ni....Reena pun dah pandai buat kuih ni....Akak cuma tolong rebuskan....je!

Ni buat jamu mata aje lah..sebab dah selamat jadi hidangan minum petang kami sekeluarga semalam....


Dan bekal untuk Hubby pagi ni.....tetap ada...cuma yang biasa Akak masak lah.....tak ada istimewanya....janji kenyang.....


Okaylah.....ni dah betul-betul kelewatan....banyak lagi yang nak Akak bereskan...tu yang tak boleh hadap PC ni....ambik masa....tu tak masuk....godaan nak menjenguk dapur kawan-kawan lagi tu....sabar....jer lah....!Kita jumpa lagi nanti ya!...Insyaallah!

11 comments:

ain said...

anak saya yg tua suka sgt kuih lopes, wani pulak suka kuih melaka. mak dia pulak suka beli aje.hihihi

Alimaz-Kembara Terasing said...

peberet Tok Wan Cewad nih...lopes

indahhouse said...

Salam kak watie,
wah...macam ni buat kuih lopes...thanks kak tunjuk cara ikat tu. saya dok terpikir camna la jadi bulat2 bila potong. rupanya ikat macam tu...
GUla kabung tu gula melaka kan kak?
Adus...terliur la, tengok lopes ngan buah melaka. My Hubby tak minat, tapi saya minat kuih2 melayu. cukup bahan nak try... :)

izahdaut said...

nak gak kak wati... nyum nyum...nak jadi anak la boleh request je nak makan apa..besttt

salamdariborneo said...

tgk lopes kak watie....,teringin lak.manisan tebu pun ada tu.masuk list la dulu...

Solehah said...

cara ikat kuih tu cam ssh ja tegok.

niesz said...

sedap2!nk wat2!akn niesz cube nnti..ehe..

Softtouch [Hanim] said...

sy pun suka mkn kuih lopes..kalu mak sy buat dia buat yang tiga segi punya..untung anak kak watie anak request ape pun sekejapan buat..mcm mak sy jgk..agaknya nnti bila anak sy dah besar mesti jd mcm tu jgk kan..ape kehendak anak mesti kita akn buatkan..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Kak.


Along saya pun suka dua2 kuih ni..

saya tak berani makan ..hangin..

geraugebang said...

kak, susahnya nak buat...kalau gerau harus 5 hari 5 malam tak tidur,,,nak membungkusnya...payah lak nampaknya nak buat cam bantal peluk tu...

kak Erna said...

Assalamualaikum..mintak izin singgah dan tompang baca..
sedapnya kuih..lopes dan buah melaka..kegemaran kami sekeluarga..