Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, March 29, 2012

Buah Melaka & Roti Sosej ....Dua beranak!

Assalamualaikum.....hrmmmm sepinya hidup kami berdua...baru kena tinggal sehari......nasib baik hari ni Akak dah nak pergi menjemput putera kedua Akak di Seri Iskandar....Perak....mulanya ingat nak pergi berdua aje dengan puteri Bongsu Akak...nampaknya Along pun nak ikut...sanggup dia balik dari Merbok just nak drive gi ambik adik dia .....ke dia tak harap Mama dia drive berdua aje dengan Reena ke sana.Apa-apa pun....lega juga...sebab kaki Akak ni mudah "cramp" dalam air-cond yang sejuk tu.

Apa-apa pun hari ni Akak sedikit busy.... di dapur maklumlah anak-anak berkumpul hujung minggu ni....dan Encik Hubby pula dijangka sampai balik pagi Sabtu...

Apa-apa pun...hari ni just nak kongsi juadah minum petang semalam.....yang kami berdua hadap....dan breakfast sempoi kami untuk pagi ni aje....



Petang semalam kami main gentel-gentel...buah melaka aje pun...ni anak dara tu dah boleh buat sendiri..Akak tolong bancuhkan dan pantau aje kerja dia...selalu nya Akak main campak aje banyak mana tepung pulut tu...sebab nak buat sikit aje dalam secawan adalah tu.. dan gaul dengan sesudu lebih tepung gandum, sedikit garam halus dan dibancuh dengan air pandan yang dah diblend & tapis sampai jadi doh....tak melekat di jari lagi dah! Lepas tu cubit tepung tu leperkan...isi jer gula gerek yang dipotong kecil...untuk jadikan inti. Gentel bulat....campak jer dalam periuk air mendidih...Bila dah timbul tu masak lah tu!!...Lepas tu golek-golekkan dalam kelapa parut yang Akak dah campur sedikit garam halus & microwave kan sekejap....(kelapa tu jer yang Akak microwavekan tau...bukan kuih tu!)









Dan pagi ni pulak resepi mudah aje.....









Okaylah....Akak kena gerak sekarang....banyak nak dibereskan....nanti tengahari Along sampai balik dari Merbok....tentu nak makan....doakan perjalanan Akak ke Perak lepas ambil Reena balik sekolah petang karang selamat ya....pergi dan balik....Insyaallah!!!



Wednesday, March 28, 2012

Sorry......It's just Me...ORIO!!!!

Assalamualaikum semua....




Maaflah ya dah beberapa hari tak update....bukannya Mama tak masak....tiap-tiap hari masak....untuk Abah bawa bekal....except minggu ni tak lah...Abah ada di KL....and Mama pulak tengah proses nak meringankan sikit badan yang makin berat tu!!! Tapi still masak juga untuk kak Reena ....just that in a very small quantity and....lepas masak terus dia hadap...so tak adalah post untuk juadah tu!

Jadi minggu ni Mama dok melayan novel yang masih banyak nak di baca....sempena persiapan menjelang pameran buku di PWTC  hujung bulan April nanti... !!!





Orio temankan Mama sepanjang orang semua tak ada.....





Thursday, March 22, 2012

Karipap Pusing @ Pusar....@...SPIRAL CURRY PUFF!

Assalamualaikum


Hari ni Akak nak kongsi resepi Karipap yang sedap ...Akak ni memang peminat tegar kuih ni! Tak kiralah karipap inti sardin ke kentang ke keledek ke....letak udang ke daging ke...semua Akak suka!


Resepi dari blog Sonia @Nasi Lemak Lover dah a few times Akak buat guna resepi ni memang sedap!! Resepi asal untuk kulit karipap ni dari Jane's Corner tapi in Chinese so Akak link kan je..korang jenguk lah dapur dia cari sendiri under label snack dia ya!. Thank you to both for the great recipe you shared here!




Fillings atau inti ni boleh adjust ikut citarasa masing-masing.....




Doh ni sangat mudah untuk di hasilkan.....lalalalala.... ikut jer resepi tu betul-betul!!!





Here is the recipe.......

Spiral Curry Puff
*makes 15 curry puffs
  • ·         Potato and chicken filling( Akak used beef)
  • ·         250g potato, diced
  • ·         150g chicken, diced (Akak used beef)
  • ·         1tbsp chili paste (Akak added chili api & ginger)
  • ·         2tbsp meat curry powder
  • ·         1 big onion, chopped
  • ·         3 sprigs curry leaves
  • ·         1tsp salt or to taste
  • ·         1tsp sugar or to taste
  • ·         1tsp light soy sauce (Akak used oyster sauce)


Method
1. Heat oil in wok, sauté chopped onions until aroma
2. Mix in chili paste, curry leaves and curry powder till fragrant.
3. Add in diced chicken and potatoes, mix well.
4. Add in some water and simmer for 10-15min, season with salt, sugar and light soy sauce, cook until potato tender and mixture is dry.
5. Dish out to cool.

Pastry
Water dough

  • 200g all purpose flour
  • 90-100g water
  • 3tbsp cooking oil
  • 1/2tsp salt
  • 25g caster sugar

1. Mix all dry ingredients in a mixing bowl.
2. Slowly pour in water and lightly knead till a soft dough.
3. Cover and set aside to rest for 20mins.

Oil dough

  • 90g all purpose flour
  • 45g Crisco shortening ( i reduced from original recipe 70g as i found it was too sticky to be handled)

1. Put flour in a mixing bowl.
2. Rub in shortening and slowly combine to a soft dough.
3. Cover and set aside to rest for 15mins.

To make spiral skin
1. Flatten the water dough and wrap the oil dough inside. Pinch the edges to seal it nicely.
2. Dust some flour on a work surface, gently roll the dough out into a rectangle.
3. Fold the rectangle from one long end by 1/3, and fold the other one long end over the top.

4. Rotate the dough 90 degree, gently roll the dough into rectangle again and repeat the folding process twice more.
5. Once the dough has been rolled and folded 3 times, slowly roll up tightly into a Swiss roll (apply some water on the dough while rolling) and rest for 20mins.
6. Use a sharp knife, divide the dough into 15 pieces of small dough (about 30g each).

To fill and shape puff
1. Take a small dough (spiral side face up) and use a small rolling pin to roll to a circle disc.
2. Put 1tbsp of filling in the centre, press the edge together and seal it.
3. Pinch the edge of the puff with your thumb and make plait on the edge.
4. Heat oil in a wok or deep fryer, oil must be very hot before putting in the puff and enough to cover to the puff.
5. Deep fry the puff on medium heat until golden brown.





Lepas ni proses menggoreng.........dengan api yang sederhana okay!!!


Tadaaaaaaa.....after all the hard work!!!!!



Sungguh enak di makan bila-bila masa saja!!!!(ikut irama Gardenia.....)

Okaylah Akak nak kena gerak sekarang nak ambik Reena balik sekolah.....masih sempat lagi kalau nak buat hidangan petang....cepat gi cari bahan-bahan...Ayoh gerak sekarang.....!!!

Wednesday, March 21, 2012

Kek Lapis Kukus Hawflakes ...dah macam bendera!!!!

Assalamualaikum

Misi untuk mengempiskan perut yang semakin maju ke hadapan selalu aje menghadapi halangan...mahunya tidak asyik ada NAFSU yang sangat besar bila teringatkan nak makan kek.Itu yang Akak terpaksa kawal sikit aktiviti blogging Akak ni...sebab asal ternampak jer paparan menu istimewa di Alam Maya ni....huish....tergugat IMAN Akak yang sedia NIPIS ni!!!!

Kadang-kadang ada pulak tu suara halus yang memujuk hati kecil ni.....ala kalau tak nak makan banyak...jamah sikit pun jadilah!....Macam familiar aje ayat tu! Masalahnya....bila dah jamah sikit ....nak jamah sikit lagi....dan lagi...dan lagi....Alahai badan.....!







Akak ni suka sangat melapis kek kukus....entahlah kenapa! Mungkin rasa kek lapis ni tak buat Akak cepat muak kot. Asal ada stok "Hawflakes" aje mesti tangan ni gatal nak melapis. Mungkin sebab rasanya yang masam manis dan lemak gebus gitu buat Akak suka sangat dengan kek ni! Dah beberapa kali buat...sampai dah boleh hafal resepi ni....kalau nak tengok hasil kejadian yang lepas-lepas sila klik di sini atau di sini.



Ha.... dah macam bendera kan!



Boleh dikatakan kali ni tangan Akak ni saja jer nak melapis sambil membelangkan kek tu..so Akak guna piping bag masa melapis tu...tu yang ada jalur besar..jalur kecik tu...macam bendera negara mana entah!


Layankan ajelah apa yang ada ni ya!!!

Kalau nak salin resepi....silakan...Akak tepekkan sekali lagi....terima kasih buat Kak Fida untuk resepi kek yang mantop ni!!!


Kek Kukus Hawflakes (Versi yang telah diolah yer!)

Bahan-bahan ( loyang 7x7 ) 

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata sahaja yg Akak gunakan)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 70 ml minyak masak (ni pun dah adjust) asal 100ml
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,coklat( ikut suka )
  • secukup hawflakes

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...(Ni akak buat suka hati akak sebab tu...jadi macam tu!!!!!)Bahagian ni....Akak masukkan adunan dalam piping bag....tu yang belangkan sesuka hati tu!)
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
Okaylah dah lambat ni nak pergi ambil Reena .....balik sekolah!


Tuesday, March 20, 2012

Percutian yang TIDAK dirancang...!!!...Pantai Telok Kemang , Port Dickson!

Assalamualaikum.....wah dah habis musim cuti sekolah ya....tugas harian dah bermula....sebab Akak baru jer balik dari bercuti....di Pantai Telok Kemang, Port Dickson nun.....tak dapek Den nak tepek dan celoteh banyak eh.....sebab rumah Den dah macam kapai pocah dah ni. Den bukan yo poyi Port Dickson nun...tapi jugak berjimba di sekitar Klang dan Petaling Jaya.... Minta maaf ya warga Nogori Sembilan...kalau tutur bahasa Akak yang lintang pukang tu.....just nak kasi feel sikit....!






Aktiviti kami tiga beranak di pagi hari....yang lain ada anak kecil yang masih tidor...so ...kami jalan-jalan sepanjang pantai dari lepas subuh sampai cerah.....!

......Lama kemudian baru gang cousin dua orang ni bangun...... baru Kak Reena ada kerja ...bermain dengan kanak-kanak nursery dua orang ni!!!





Kalau tak ada budak-budak kecik tu nak jadi "gang" Kak Reena.....inilah kerja anak dara Akak...layari internet jer memanjang.....sebab dua lagi anak bujang Akak tak dapat bersama untuk this unplanned vacation!


Dan aktiviti di sebelah malamnya pulak....."barbeque"...ini pun tak dirancang juga....so barangan basah tu agak terhad....adik ipar dan abang ipar yang uruskan stok tu semua!!!Akak....sekeluarga jadi honorable guests...."Tukang Makan" aje!








Itulah sedikit sebanyak tentang percutian pantai yang terjadi secara "Ad-Hoc".....when we received a call from Abang Ipar....to join him and family malam Rabu lepas.....so pagi Khamis kami berangkat ke KL singgah Rawang sekejap rumah Kakak...then ....IKEA dulu siang tu.....and lodge in PD...malam tu. Pagi Jumaat Adik bongsu Hubby and family from Bukit Mahkota joined us...baru meriah...sebab baru bising sikit ada suara budak-budak kecik! Sabtu pagi around 10...bertolak ke Kelang...rumah Abang pulak.macam biasalah keluar shopping sana sini...balik gather sembang sambil makan-makan lagi.....siap makan grilled beef & chicken with vegetable tomyam....ala-ala dekat "Seoul Garden" gitu....

Hari Ahad about 10 jugak we left Kelang dan sempat singgah Mid Valley sekejap dan .......



masuk sini cuma jamu mata.....sebab teringin nak belek .....sebelum ni just google & tengok dalam internet....sangat cantik dan membuat Akak teruja!!!!!


Okaylah back to reality kehidupan......seawal pagi...bangun siapkan bekal Hubby macam biasa.....dan juadah pagi ni....


Cekodok ni untuk breakfast Reena dan bekal dia ke sekolah



...dan jemput-jemput ikan bilis ni pulak untuk breakfast Akak & Hubby ....



Bekalan hari ni sedikit meriah dengan anak-anak sotong goreng kunyit dan sambal udang...dan anak bawal goreng kicap...Moga rindu kalian pada bekalan dari dapur Akak....sedikit terubat ya!!!

Dah nak balik ke realiti dah ni....misi selamatkan ... kapal pecah....see you guys later when Akak berkesempatan untuk blogwalking ya!!!!




Tuesday, March 13, 2012

SALAM SERIBU KEMAAFAN BUAT SEMUA YANG DIRINDUI........

*.*

Assalamualaikum Semua....

Ya Allah......lamanya Akak menghilangkan diri......MALAS.......dan BERIBU alasan....kalau nak di coretkan di sini...namun tiba-tiba hati ni terpanggil pulak untuk kembali mengetuk kekunci ni.

Hanya kata-kata maaf yang mampu Akak taipkan....buat semua!

Banyak kejadian dah berlalu dalam kehidupan Akak sekeluarga....ada pahit...manis...masam kelat....masin...segala rasa....yang sedap untuk ditelan...yang nak termuntah ijau pun ada....yang menyenakkan perut pun ada...yang buat hati terbuai dan berbunga-bunga pun ada. Itulah kehidupan....WATIERMANLIFE!

Namun ....walaupun tak semua dapat Akak paparkan di sini...namun mengikut BLOG PENCIPTA YANG ESA...semuanya tidak pernah sekalipun terlepas dari putaran harian kehidupan kita sebagai manusia.

Apa-apa pun.....biarlah kali ini....Akak kembali dengan harapan dapat terus berblog....tapi mungkin tidak serancak dahulu.....akan cuba sebaik yang termampu.Insyaallah!

Di kesempatan ini jom kita berkongsi resepi kek yang Akak dah olah dari resepi asal milik  Kak Fida MYR. Mohon Kak Fida halalkan ya!Juga Jutaan Ampun & Maaf ya Kak Fida kerana menderhaka terhap resepi yang sedia sedap seadanya...tapi masih juga dibuat OLAHAN sesuka rasa. Moga mendapat pengampunan dari kak Fida hendaknya.

Resepi inilah juga yang selalu Akak gunakan untuk buat kek lapis kukus chocolate chips. Tapi kali ni Akak buat Kek Lapis Kukus Tembikai.



Resepi nya.....
Kek Lapis Kukus Tembikai (Versi yang telah diolah yer!)

Bahan-bahan ( loyang 9X9 ) 

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 1 cawan rata gula halus 
  • 1 1/2 cawan rata tepung gandum
  • 1/2 cawan Horlicks
  • 1 sk rata baking powder
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna hijau & merah 
  • perisa tembikai (optional)
  • secukup chocolate chips untuk taburan

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,chocolate chips dan chocolate paste.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu butter/margerin. 
  4. Bahagikan kepada 6 bahagian.(11/2 bahagian hijau, 1/2 bahagian tanpa warna & 4 bahagian merah)
  5. Ratakan adunan pertama yang berwarna hijau dan kukus selama 7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan terdahulu.
  6. Ratakan pula lapisan tanpa pewarna dan dikukus selama 7 minit lagi
  7. Lapisan seterusnya lapisan yang berwarna merah dan di taburkan chocolate chip dan dikukus lagi selama 7 minit
  8. Buat hingga habis lapisan seterusnya berwarna merah dan tabur chocolate chips dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  9. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.
  10. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 5 minit kemudian dibalikkan di atas redai kek sehingga sejuk.
 Selamat Mencuba!


Kek ni memang tak menjemukan sebab tu Akak suka sangat mengolah resepi ni dan hasilkan versi yang berbeza.....memang tak akan mengecewakan.


Texture kek ni sangat halus dan lembut...memang sangat sedap...tambahan bila di bawa ke Cameron Highlands hari tu.....anak Akak makan sampai tak hengat.....sedar-sedar dah nak habis....maklumlah kat sana sejuk....nak nya pulak hari hujan.....



Apa-apapun sudilah mencuba kalau nak rasa ya!...

Moga bersua lagi Insyaallah bila ada kelapangan........Salam Sayang dan Rindu buat Semua!!!