Adakah ini satu Tabungan???

Monday, July 26, 2010

Bengkang Lapis Ubi Kayu

*.*
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya....

Kembali bersiaran.....dan terasa macam "Chipsmore" lah pulak....sekejap ada...sekejap menghilang! Akak ni kalau boleh nak aje mengadap PC & lappy ni semahu hati...tapi seperti biasa sebagai seorang isteri, ibu dan suri dalam rumah ni....banyak urusan yang perlu di dahulukan.....Kerja suri rumah tangga ni ibarat pengurus lah......semuanya nak di buat....tapi yang susah sikit tu....tak ada kaki tangan bawahan yang boleh kita nak delegatekan tanggung jawab tu sorang sikit.....jadi kita buat bahagian pemantauan jer!!!....

Memandangkan Akak ni ibarat berurusan dalam sebuah Syarikat yang kecil...so kena boleh dan mampu buat semualah dari kerja pengurusnya.....kerja penyelianya....kerja keraninya....malah Akaklah cleaner, tealady....."bibik"....tukang kebun...."cat sitter" apa-apa ajelah...! Dengan pangkat dan darjat yang Akak sandang tu....maka masa tentulah begitu mencemburui Akak. Jadi setiap saat amat berharga dan Akak akan cuba manafaatkan sebaiknya atas kepercayaan yang CEO Akak berikan.....siapa CEO tu....tak lain tak bukan Encik Hubby Akak lah ya!

Namun dengan minat dalam bidang memasak, membaca novel.....berblog.....dan melayan business kecil Akak tu.....kehadiran Akak cam tenggelam timbullah sikit kan! Just bear with me....okay.....because...I am already part of the cyber world.......!

Dah...tak payah nak berceloteh panjang.....yang buat tak update mula hari Khamis tu sebab Hubby cuti....so Akak spent a lot of our time together...gether.....jalan-jalan....buat arrangement dengan mechanic nak repair kereta yang kena sondol  last week! Walaupun sikit jer...still nak kena repair jugak...dan ENCIK yang telah menyondol kereta tu dah buat arrangement dengan mechanic dia so kita cuma bawa kereta tu pergi bagi dia tengok....untuk tindakan lanjut.




Hari Jumaat sebelah petang tu pulak Akak dah mula sibuk dengan tempahan kek....ada lah 4...5 biji kek yang di tempah.....  sebab Sabtu kek-kek tu nak di ambil.....Hujung minggu biasalah....sibuk dengan anak-anak pulak.....dan semalam pun ada lagi tempahan yang Akak uruskan.....sebab pagi ni nak diposkan!...Rezeki dan tanggung jawab.....Syukurlah Allah berikan kesihatan untuk melaksanakan semua urusan dengan lancar...Amin!

Dalam sibuk-sibuk tu....masa ronda dengan Hubby....dah "terbeli" pulak ubi kayu....(Mimi......boleh percaya ka dengan terbeli.....ke pantang jumpa ubi kayu.....tak terlangkah kaki Akak ni!!!) So Akak pun merajinkan diri petang semalam buat bengkang lagi...hehehe...

Kali ni saja gatal-gatal nak try melapis pulak......




Bahan2 yang digunakan:
  • 1 kg ubi kayu disagat ~anggaran lebih kurang 4 cawan hasil sagat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah & 3 sudu besar gula pasir (kacau dengan 1/4 cawan air panas & tapis)
  • 1 sudu garam
  • 1 1/2 cawan air atau lebih tak kisah sebab lepas tapis air ni dibuang
  • 1 peket santan di campur terus ke dalam adunan
  • sedikit margarine atau butter
  • beberapa titik pewarna kuning dan cokelat
Cara-caranya:
  • Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2  - 2 cawan air
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
  • sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal melekat liat dilapisan bawah
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
  • Masukkan garam dan sepeket santan serbuk & kacau rata
  • kemudian bahagikan kepada dua bahagian sama banyak
  • masukkan gula pasir, dan beberapa titik pewarna kuning pada satu bahagian
  • masukkan bancuhan air gula merah & gula pasir yang sudah sejuk & ditapis & beberapa titik pewarna cokelat
  • Tuang 1 cawan adunan bewarna kuning ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 7 X 7 inci dan ratakan
  • Bakar selama 10 minit
  • Tuang 1 cawan adunan dari  bahagian berwarna cokelat pula dan bakar lagi selama 10 minit
  • ulang proses hingga selesai
  • sapukan sedikit butter pada lapisan paling atas selepas 10 minit dan terus
  • Bakar selama 30 minit atqau lebih ...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
NOTA : adunan biar pekat sikit....sebab terbukti tak perlu tambah air banyak akan menghasilkan bengkang yang kering elok jer!


Okaylah ya.....nanti ada kelapangan kita jumpa lagi ya....!




*.*

6 comments:

myQza said...

nasib baik org tu nak bertanggungjawab bila dah langgar :))

berwarna pula bengkang ye kak.

Softtouch [Hanim] said...

cantik la[isan kuih bengkak ubi tu..sy ubi xleh makanlah skrg ni..masih nyusu anak..org kata angin nnti..

nas said...

cantik la..lapar la

indahhouse said...

salam kak watie,
bengkang ubi kayu memang faveret saya tu..! hihi. cantiknya lapis2 gitu. lupa nak ushar ubi kayu kat pasar...

Unknown said...

salam watie..memang suker makan bingka ubi ni..tak kat sini banyak ubi ganyut lah

HaSue said...

salam kak watie..miss u so much!sama laaa kita ni kak..jadik chipsmore dah haa..sue ni lak masalah tenet yg x berkesudahan ni..huhu..susah nak tembus blog sendiri..
apa2pun mintak izin amik resepi bengkang akak nih ek..ubi kayu ada tu..kot2 rajin nak buat kan..tp x tau bila..hehe..tq kak!