Tabungan

Tuesday, July 27, 2010

Lepat Ubi Kayu....**PEMBETULAN RESEPI**

*.*

Assalamualaikum semua....
HARAP MAAF BUAT SESIAPA YANG TELAH MENCUBA RESEPI INI...TERDAPAT KESILAPAN YANG TIDAK AKAK SENGAJAKAN...YA .....AMPUN.....ESPECIALLY PADA KAK ROBAAIYAH(MAMI TE) YANG TELAH MENCUBA RESEPI LEPAT LIAT.....(SEPATUTNYA GUNA TEPUNG BERAS PULUT BUKAN TEPUNG BERAS SEPERTI YANG AKAK BERI SEBELUMNYA HARAP MAKLUM)

Minum petang ni kita makan lepat liat ubi kayu......sedap bangat ni...edisi dua dalam satu...nak update cepat-cepat ni...sebab ada projek lain sedang diuruskan di dapur.

Mari kita layan lepat ubi kayu Akak ni....

 
Lepat Ubi Kayu

Bahan:

  • 2 cawan tepung beras pulut (bukan tepung beras)
  • 2 cawan ubi kayu disagat halus yang di tapis dan di ambil sagunya
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula merah
  • 5-6 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • daun pisang dilayur secukupnya untuk membungkus
Caranya:

  • masukkan tepung beras pulut dan ubi sagat serta sagunya dalam bekas untuk membancuh tepung
  • bahan2 yang lain dimasak dalam periuk dengan api sederhana tak perlu mendidih (sampai gula hancur)
  • Tuang & tapis ke dalam tepung dan ubi sagat tadi
  • sudukan dalam daun pisang dan bungkus dengan melipat daun pisang tersebut
  • sediakan kukusan dan kukus selama 25-30 minit
  • Siap untuk dimakan!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!

4 comments:

Azita Zain said...

sedapnya lepat ubi!!!!

cHeRyNa PiReS said...

teringat plak projek minum petang kemahiran hidup masa sha form 1. kena marah ngan cikgu sebab tak reti balut lepat! patut belajar ngan akak masa tuh:)

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak, hru doing???

I wish to be Ur neighbour la kak! Can have meal from breakfast to supper maybe..hehehe! ;)

I'm taking some lepat with me now! :D

Softtouch [Hanim] said...

xpernah kot mkn lepat ubi..selalu mak sy buat lepat pisang...