Adakah ini satu Tabungan???

Tuesday, October 26, 2010

MOIST ORANGE MOCHA CHOCOLATE CHIPS BROWNIES

*.*
Assalamualaikum semua timbul sekejap nak update recipe sedap yang Akak ceduk dari blog IZAH MUFFIN LOVER dan dah dua kali Akak buat recipe ni.....sekali masa pergi gathering kat Pulau Aman 2 minggu lepas....dan minggu ni buat lagi bawa pergi rumah Mummy Akak buat jamuan untuk tetamu yang menziarah bakal haji .....Terima Kasih buat penyumbang resepi sedap ini ya.....Resepi ni dah di olah kerana Akak ni memang suka tambah2....bahan Ampun ya pada empunya resepi......Chef tersohor....Puan Hanieliza(Kak Liza)....juga terima kasih pada Maz....yang dah terlebih dahulu mengolah tambahan Sunquick yang mmyedapkan lagi rasanya......juga tak lupa pada Dik Izah Daut di mana Akak dah cedok resepi nya....Mohon halal ya....dan Akak panjangkan perkongsian ilmu ini di sini ya!







MOIST ORANGE MOCHA CHOCOLATE CHIPS BROWNIES 
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 cawan butter cair 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas (Akak bancuh dengan Nescafe 3 in 1)
  • 2 sudu besar sunquick orange - (akak letak 3 instead of 2 sudu)
  • 2 cawan gula perang
Bahan B (kacau rata) - maz guna wisk*Ana kacau ngan garfu jer..nak cepat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B
Bahan C [ayakkan]
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • (1 cawan chocolate chips ni Akak tambah)
Cara-cara :
  • Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
  • Kacau bahan A supaya sebati.
  • Masukkan bahan B dan kacau rata.Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  • Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.(Akak guna loyang 13 X 10inci)
  • Bakar selama 45 - 50 minit. 
  • Sejukkan brownies dan salutkan dengan coklat ganache.

Chocolate Topping
  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair
Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan








Minggu ni memang Akak sibuk kena drive around hantar anak2 ke sekolah, balik rumah mummy hantar apa2 juadah yang termampu Akak sediakan,balik rumah uruskan anak2....sebab Hubby berkursus di Alor Setar..... Mummy Akak akan bertolak ke Kuala Lumpur esok untuk penerbangan hari Khamis ni dari KLIA...Moga Mummy & maktam Akak akan selamat pergi dan balik dengan Haji yang Mabrur!Amin!



Akak pulak akan drive balik Alor Setar untuk menziarah Pak Lang dan PIL Akak yang kurang sihat sambil mengambil Hubby yang akan tamat kursus hari Khamis petang nanti....







*.*

7 comments:

Jieda said...

Akakkk... nak sikitttt

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam k.watie..pe kabar?mmg bz sakan akak yer...'selamat menunaikan haji buat mummy akak & mak tam yer...semoga dipermudahkn segala urusan'

Softtouch [Hanim] said...

kka watie, apa beza brownies ngan kek coklat biasa tu yer?

bz nya akak kesana kemari...

semoga mummy n mak tam akak dpt menunaikan haji dgn tenang n dipermudahkan segalanya...

indahhouse said...

salam kak watie,
padatnya jadual kak. Moga mummy kak watie, dan mak tam mndapat haji yang mabrur. moga PIL juga cepat sihat. Dan moga Allah mudahkan urusan kak. Amin..
nak tumpang bronis? ;)

mummyseri said...

Salam kak..
wah dah dua kali bikin kek ni mmg kompom sedap yek..
kite pon tertelan saliva tgk ni ;)

slmat menunaikan ibadah haji buat mummy n maktam akak..

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam kak sedapnya nak jugak....

Imah said...

Good to see the pics...