Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, October 21, 2010

Kuih Lapis Ubi Kayu.....lemak manis gitu!!!

*.*

Assalamulaikum.....dan salam sejahtera semua...

Kembali bersiaran .....dah macam "CHIPSMORE"......sekejap ada sekejap tak ada!...Banyak yang bersarang dalam kepala Akak kebelakangan ni.....mana yang nak SPM.....mana yang nak ke Mekah....baru dapat tahu tarikh penerbangan.....mana yang nak berkursus serentak masa tarikh penerbangan tu.....mana nak uruskan anak-anak ke sekolah,....tempahan kek lagi....."Moga ALLAH permudahkan segala urusan buat Akak sekeluarga!"

Jadi maaflah ya jika kunjungan balas dari Akak buat ketika ini kurang memuaskan....layanan pun tak seberapa...."too much on my mind"!....Yang paling pening....Hubby nak gi kursus di Alor Setar dari Selasa hingga Khamis 26-28 Oct....dan penerbangan Mummy & Mak Tam Akak pulak pada 28 Oct dari KLIA jadi tak dapatlah nak menghantar dia orang ke KL...infact at the moment masih serabut dengan masalah tak ada yang offer nak hantar dia orang ke sana. Kemungkinan nak kena sewa van suruh hantar terus ke Kelana Jaya. Kesian.....Mak Tam tak ada anak(akak nilah juga anak dia)....Mummy Akak pun cuma ada Akak...dan adik (juga ada urusan yang tak dapat dielakkan) yang juga anak angkat (anak sedara)......adalah anak2 sedara....tapi kurang berkemampuan....dan tinggal  jauh pulak tu!....Hubby punya kursus pulak tu ....tak boleh nak postpone .....kesian  Mummy & Mak Tam akak....!Macam-macam masalah....!Mujurlah... Mummy dah pernah pergi Mekah sebelum ni...this time ...nak temankan Mak Tam....moga selamat dan berjalan lancar segala urusan ni nanti....!

Week end ni Akak akan balik lagi...ke rumah Mummy..dah 2 minggu berturut-turut kami berulang alik ke sana....minggu ni keluarga mertua Akak pulak nak datang menziarah ke rumah Mummy....jadi akan sedikit sibuklah.....

Wah panjang lebar pulak curahan perasaan Akak pagi ni.....dah ---dah...jom kita layan resepi Kuih Lapis Ubi Kayu .....yang sangat mengujakan Akak ni.....sedap hingga menjilat jari you!!!!(Kata Akak lah.... yang memang minat dengan ubi kayu...hehehe!)









Jom kongsi resepi mudah ni.....betoi Akak suka buat yang senang2 jer tau!









Resepi Kuih Lapis Ubi Kayu

Bahan2 yang digunakan:
  • Ubi Kayu di sagat (Akak sukat 4 cawan) 
  • 1 cawan gula pasir (kurangkan jika tak suka manis)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 peket santan serbuk (kalau nak guna santan agak2 macam buat bengkang lah ya!)
  • 1 sudu besar minyak
  • beberapa titik pewarna atau paste perisa(1 sudu kecil) yang anda sukai (akak guna pandan, keladi, pewarna kuning & gula merah( 1atau 2 sudu besar))

Cara-caranya:

  • Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2 cawan air (lebih pun tak apa)
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
  • Panaskan kukusan dan biar mendidih
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal mendap dilapisan bawah
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
  • masukkan santan serbuk, gula, garam, dan minyak
  • Campur sebati dan sukat 1 cawan adunan ubi & tambah 1 atau 2 sudu gula merah mewarnai lapisan bawah, kacau sebati
  • Tuang dan ratakan 1 cawan adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter
  • Kukus selama 10 minit
  • Ulang melapis dengan 1 cawan adunan lagi di campur dengan pewarna kuning pula, kukus lagi selama 10 minit
  • Di ikuti dengan lapisan seterusnya dicampur dengan paste keladi pula, kukus lagi
  • Lapisan seterusnya pula dengan paste pandan
  • dan akhir sekali dengan gula merah lagi.....(anda boleh olah warna dan perisa ikut kesukaan masing2 ya!) Kukusan terakhir selama 20 minit
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
  • Selamat mencuba!









Okaylah.......itu aje paparan pagi ni.....by the way......plastik bekal Hubby habis stok...jadi bekal masuk tupperware jer lah!!!






Moga ALLAH Permudahkan segala urusan buat kita semua....Amin!






*.*

7 comments:

kucingorengemok said...

hai, tengok gambar² kat blog akak ni, makin teringiiin nak jadi suri rumah... tapi alamatnya makin gemok lah, apa lauk yang terbelen kat rumah tu mesti kita yang sapu, hehe :)

izahdaut said...

lawooo nyer kak watie lapis ubi tu...brapa kalai duk tenung tenung..mana tau kot jatuh 2 ,3 ketul atas idung..hahaha..smoga urusan nak ke mekah tu dipermudahkan..isyaAllah...

MamaFaMi said...

Sagat menyagat...i am berry the lazy la...

Softtouch [Hanim] said...

sabarlah kak yer...mcm2 berlaku...yg anak nak pekse tu buat akak seriau kan..wpun sy ni anak br tadika tp bila pekse tetap risau ni apatah lagi nk spm

adui kak ubi tu kene sagat yer..blend xleh ker?

hana said...

salam kak...... aduhaii santeknyer biler di lapis kaler maler gtu! sayang nak makan! siannya akak sibuk sana sini..mudah2an segala urusan dipermudahkan kak yer... ganbatte ne!

Love2cook Malaysia said...

Hi KakWatie, hru doing dearie??

That kuih is mind blowing lorrrrrrrr!!! Looks absolutely gorgeous! ;)

Bekal Hubby..yumm yumm yumm!

Brought U lots of apam pisang coklat! hehehe ;)

indahhouse said...

Salam kak watie,
padatnya jadual kak. ya la dah musin haji.. anak2 pun nak peksa besar ru. Moga Allah mjudahkan semua urusan kak. Mak ayah kak selamat pergi haji dan pulang. Anak2 terang hati nak exam semenya. Amin..