Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, July 29, 2010

Bila Oven & Pengukus Bekerja!.....

*.*
Assalamualaikum.. & salam sejahtera.....

............sebenarnya tak nak update pagi ni sebab sibuk nak kemas dan bersihkan sawang yang bergayutan kat siling dan penjuru-penjuru rumah ni....bukan apa.....besok mak mertua dan family dari Alor Setar nak datang bermalam....dah lama tak datang...rindu dengan cucu agaknya...sejak cucu sibuk nak BIG Exam ni! Akak bukannya apa takut bila dia orang masuk jer pintu rumah semua tersangkut kat sawang-sawang tu jenuh pulak Akak nak kena kait turun sorang-sorang....hehehe!

Kat situ jer dah kantoi betapa rajin nya Akak ni kan!!!Bukannya apa deco ala-ala Haloween gitu!

Pagi ni just nak update apa yang dah Akak assigned pada oven dan steamer kebelakangan....dan tak sempat nak Akak paparkan di blog ya! Ni entry tertunggak lah ya.......berkisar tempahan yang Akak terima dan layan nafsu selera tekak anak-anak Akak aje!


Oven dan Steamer ni rajin sebenarnya...tu yang kadang2 berebut nak buat kerja!!!Boleh percaya ke??? Cuma Tuan dia jer malas sikit.....

layan jer lah gambar hasil sumbangan Oven & Steamer Akak tu ya!!!

Yang ini tempahan dari Puan Idah....untuk kasi hadiah kenduri pertunangan buat makan-makan!




Yang ini kek untuk dessert after dinner kat rumah jer!

 Yang ini dah selamat sampai ke Bentong, Pahang

 Yang ini tempahan dari Puan Idah lagi untuk di makan dengan anak-anak

Yang ini pulak tempahan dari Kak Ham buat Chik Mi (mimi)
Yang Ini anak sedara Puan Idah tempah untuk buat hantaran kenduri 
(deco dia buat sendiri)

Yang ini pulak 2 biji kek oleh Adik Sarina buat kenduri Tahlil di rumah arwah nenek mertuanya
Akhir sekali.....tempahan khas dari cita rasa anak tekak anak-anak Akak pulak!!!

Okaylah sekian buat paparan hari ni......bekal hubby sempoi giler hari ni sebab Akak cuma goreng telur dadar & sambal sardin. Sarapan pulak....just buat nasi goreng &  jemput-jemput bilis, udang kering wif cili flake!


 
Okay lah ya ..... nak sambung mop lantai pulak ni!!! Selamat berhujung minggu!!



*.*

Wednesday, July 28, 2010

Resepi Apam Lenggang...Tepung Beras... dan aktiviti biasa!

*.*
Assalamualaikum

Untuk penuhi permintaan resepi apam lenggang semalam ini Akak sertakan disini....ya..jadi kepada yang berminat boleh lah mencubanya....bak kata Adik Azrina....kalau serabai di cicahnya dengan sekaya cair....kuah gula Melaka bersantan dan telur yang di buat sendirilah tu kan Dik!

Tapi kalau apam lenggang ni popular dikalangan kaum India.....dan normally dimakan begitu saja tanpa berkuah......sebab bahagian tepi yang garing dan ranggup dan bahagian tengah kuih yang gebu dan lembut buat apam ni unik dengan caranya tersendiri!


 






Terima kasih untuk Dik Hana yang kasi link Akak ke Blog ni....THATTUKADA milik Fathima...All the credit should go to the owner of the blog...for a marvelous recipe!!! Thank you very much!Pssst........ and Fathima please allow me to copy & paste the recipe for others to share & for my future references!

Rice Flour- 2 cup
Water- 2 1/2 cup
Cooked Rice- 3/4 cup
Coconut Milk- 1 1/2 cup (thick)
Sugar- 4 tbsp
Salt- 1/2 tsp
Yeast- 1 tbsp
Luke Warm Water- 1/4 cup

1. In a mixer grind the cooked rice with 1/2 a cup of water to a fine paste.
2. Transfer this to a bowl.
3. In the luke warm water add the yeast and let it soak for a few minutes.
4. Now add the Rice Flour, 2 cups of water and coconut milk and blend well. You could use a grinder or a hand mixer.
5. Transfer the rice flour batter along with the cooked rice batter.
6. To this add, sugar, salt and dissolved yeast and mix well.
7. Keep the batter in the oven with the lights turned on. This is for places with cold climate; otherwise you could leave it outside.
8. The batter would be ready, if kept in an oven, in 1 hour. It would ferment and rise. Now adjust the sugar and salt if needed.

You need to use the Appa-Chatti to make appam and follow the below steps.

1. Heat the appa-chatti and smear a little oil.
2. Pour a spoonful of batter and swirl the pan - this leaves the center thick and the sides thinner.
3. Now close the pan and leave it to cook for a minute or two.


So kalau nak try resepi tu cubalah!


Pagi ni Akak cuma sempat goreng daging bercili dan buat mee goreng daging yang sempoi gitu....layankan jer lah pictures ni ya!


Jom tengok Reena berkaca mata!!!!
Okaylah ya.....harap maaf ya jika kebelakangan ini Akak tak sempat nak berkunjung ke mana-mana...sebab banyak atucara yang telah ditetapkan untuk Akak laksanakan......dan kemungkinan ada projek baru menjelang Syawal.....Insyaallah kalau jadi akan Akak wawarkan ya.....Terima kasih buat semua!!







*.*

Tuesday, July 27, 2010

Apom Lenggang & Karipap

*.*
Assalamualaikum dan salam selamat pagi semuanya......

Wah dada ni penuh debaran.....namun terubat sedikit dengan kehadiran Nisfu Syaaban semalam....dan Akak sekeluarga turut memanafaatkan masa yang Allah telah janjikan buat Hambanya....memohon dan menyembahnnya dengan penuh keikhlasan dan di hiasi dengan bacaan ayat-ayat suci .....moga-moga Allah memperkenankan segala doa dan hajat Hambanya....Amin!!!!

Pagi ni dengan dada yang lapang Akak merestui perjalanan anak-anak dan suami ke sekolah dan pejabat....terutama Reena yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR hari ini.Moga segala yang diusahakan akan membuahkan hasil yang lumayan....Insyaallah,Amin!Moga Reena dapat menjawab segala soalan dengan tenang dan lancar.

Dalam berdebar-debar tu Akak dah siapakan dua alternatif untuk sarapan pagi ni....."Gabra" hati seorang ibu!! Kononnya Akak cool....tapi bohonglah kalau Akak katakan masih ada getar dalam hati ni setiap kali anak-anak Akak menduduki peperiksaan......kerana setiap ibubapa pastinya mahu menumpang ....bangga dengan kejayaan anak-anak.Apa-apa pun moga mereka sedar.....tak ada kejayaan yang datang bergolek tanpa kita berusaha untuk mencapainya!!Tolong doakan kejayaan anak-anak Akak ya!

Berbalik pada menu sarapan pagi ni......ceritanya macam ni.....petang semalam Akak buat karipap ada yang dah Akak goreng untuk minum petang dan bakinya Akak frozenkan. Sekali pagi ni Akak sepatutnya goreng aje yang frozen tu tapi dah bangun awalkan....mana dengan "gabra" dok fikir pasal Exam anak-anak dah dekat sangat....Akak bancuh pulak apam lenggang....nasib baik buat sikit aje....sebab sekali bila dah masuk subuh Akak kejut budak-budak tu bangun...dia orang minta karipap nak buat bekal ke sekolah...jadinya apam tu makan jer kat rumah...nasib baik sikit jer!

Okaylah kita layan jer gambar2 juadah kami sekeluarga ya!


Ini pulak.......juadah apam lenggang.....


Dan segmen bekal-bekalan hari ni seperti berikut ya....



Hari ni Akak kena siapkan kerja rumah cepat...sebab nak kena bawa budak-budak tu pergi BJ Mall ambil glasses yang siap....nampaknya semua anak-anak Akak ikut Akak...kena pakai cermin mata.....Nizam memang pakai terus....tapi Along bagi beg dia pakai....tak suka pakai, jadi glasses dia simpan dalam beg memanjang! Now turn si kecik Reena pulak...nak buat macam mana ada keturunan diabetes dari arwah Abah Akak....tu yang mata mudah rosak!

Jom tengok Reena pakai cermin mata yang optometrist test pada dia......lucu sangat...sebab tu dia muncungkan muka dia.....ni Hubby Akak yang snap masa kita pergi check up on Sunday!



Okaylah ya.....masih banyak yang nak Akak bereskan ni.....jumpa lagi ya!!







*.*

TERINGIN NAK MAKAN LEPAT LIAT....MAI...LAH!!! (REVISED RECIEPE)


*.*

MAAF TERPAKSA REPUBLISH ENTRY NI SEMULA SEBAB BARU PERASAAN SILAP BAHAN PADA RESEPI ....YA AMPUN  KEPADA SESIAPA YANG TELAH MENCUBANYA.....ESPECIALLY KAK ROBAAIYAH (MAMI TE)...TERIMA KASIH KASI FEED BACK! MAAF YA KAK RUGI BAHAN2 YANG AKAK DAH BELI WATIE MINTA MAAF YA!

Juadah untuk minum petang ni...akak buat lepat liat....semalam balik kampung...daun pisang yang mak tam akak bekalkan....akak dah gunakan untuk buat lepat liat....

Resepi ni entah...dari mana...may be tanya pada MIL akak dulu....terus tulis dalam buku....tak taulak...asal usul dia.....rasa manis2 buah gitu....so kalau yang suka manis kena tambah gulalah yer...

Lepat Liat
(untuk 5-8 orang seorang 2 bungkus lebih kurang...)

Bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung beras tepung beras pulut
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula merah
  • 5-6 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • daun pisang dilayur secukupnya untuk membungkus
Caranya:

  • masukkan tepung beras tepung beras pulut dalam bekas untuk membancuh tepung
  • bahan2 yang lain dimasak dalam periuk dengan api sederhana tak perlu mendidih (sampai gula hancur)
  • Tuang & tapis ke dalam tepung
  • gentel2 kan tepung lebih kurang sebesar jari ibu dalam ukuran 5 cm
  • bungkuskan dalam daun pisang...tak perlu terlalu ketat
  • sediakan kukusan dan kukus selama 25-30 minit
Jom makan..sambil minum ...akak tengah minum Nescafe...






*.*

Lepat Ubi Kayu....**PEMBETULAN RESEPI**

*.*

Assalamualaikum semua....
HARAP MAAF BUAT SESIAPA YANG TELAH MENCUBA RESEPI INI...TERDAPAT KESILAPAN YANG TIDAK AKAK SENGAJAKAN...YA .....AMPUN.....ESPECIALLY PADA KAK ROBAAIYAH(MAMI TE) YANG TELAH MENCUBA RESEPI LEPAT LIAT.....(SEPATUTNYA GUNA TEPUNG BERAS PULUT BUKAN TEPUNG BERAS SEPERTI YANG AKAK BERI SEBELUMNYA HARAP MAKLUM)

Minum petang ni kita makan lepat liat ubi kayu......sedap bangat ni...edisi dua dalam satu...nak update cepat-cepat ni...sebab ada projek lain sedang diuruskan di dapur.

Mari kita layan lepat ubi kayu Akak ni....

 
Lepat Ubi Kayu

Bahan:

  • 2 cawan tepung beras pulut (bukan tepung beras)
  • 2 cawan ubi kayu disagat halus yang di tapis dan di ambil sagunya
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 cawan gula merah
  • 5-6 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • daun pisang dilayur secukupnya untuk membungkus
Caranya:

  • masukkan tepung beras pulut dan ubi sagat serta sagunya dalam bekas untuk membancuh tepung
  • bahan2 yang lain dimasak dalam periuk dengan api sederhana tak perlu mendidih (sampai gula hancur)
  • Tuang & tapis ke dalam tepung dan ubi sagat tadi
  • sudukan dalam daun pisang dan bungkus dengan melipat daun pisang tersebut
  • sediakan kukusan dan kukus selama 25-30 minit
  • Siap untuk dimakan!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!!

Monday, July 26, 2010

Bengkang Lapis Ubi Kayu

*.*
Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya....

Kembali bersiaran.....dan terasa macam "Chipsmore" lah pulak....sekejap ada...sekejap menghilang! Akak ni kalau boleh nak aje mengadap PC & lappy ni semahu hati...tapi seperti biasa sebagai seorang isteri, ibu dan suri dalam rumah ni....banyak urusan yang perlu di dahulukan.....Kerja suri rumah tangga ni ibarat pengurus lah......semuanya nak di buat....tapi yang susah sikit tu....tak ada kaki tangan bawahan yang boleh kita nak delegatekan tanggung jawab tu sorang sikit.....jadi kita buat bahagian pemantauan jer!!!....

Memandangkan Akak ni ibarat berurusan dalam sebuah Syarikat yang kecil...so kena boleh dan mampu buat semualah dari kerja pengurusnya.....kerja penyelianya....kerja keraninya....malah Akaklah cleaner, tealady....."bibik"....tukang kebun...."cat sitter" apa-apa ajelah...! Dengan pangkat dan darjat yang Akak sandang tu....maka masa tentulah begitu mencemburui Akak. Jadi setiap saat amat berharga dan Akak akan cuba manafaatkan sebaiknya atas kepercayaan yang CEO Akak berikan.....siapa CEO tu....tak lain tak bukan Encik Hubby Akak lah ya!

Namun dengan minat dalam bidang memasak, membaca novel.....berblog.....dan melayan business kecil Akak tu.....kehadiran Akak cam tenggelam timbullah sikit kan! Just bear with me....okay.....because...I am already part of the cyber world.......!

Dah...tak payah nak berceloteh panjang.....yang buat tak update mula hari Khamis tu sebab Hubby cuti....so Akak spent a lot of our time together...gether.....jalan-jalan....buat arrangement dengan mechanic nak repair kereta yang kena sondol  last week! Walaupun sikit jer...still nak kena repair jugak...dan ENCIK yang telah menyondol kereta tu dah buat arrangement dengan mechanic dia so kita cuma bawa kereta tu pergi bagi dia tengok....untuk tindakan lanjut.




Hari Jumaat sebelah petang tu pulak Akak dah mula sibuk dengan tempahan kek....ada lah 4...5 biji kek yang di tempah.....  sebab Sabtu kek-kek tu nak di ambil.....Hujung minggu biasalah....sibuk dengan anak-anak pulak.....dan semalam pun ada lagi tempahan yang Akak uruskan.....sebab pagi ni nak diposkan!...Rezeki dan tanggung jawab.....Syukurlah Allah berikan kesihatan untuk melaksanakan semua urusan dengan lancar...Amin!

Dalam sibuk-sibuk tu....masa ronda dengan Hubby....dah "terbeli" pulak ubi kayu....(Mimi......boleh percaya ka dengan terbeli.....ke pantang jumpa ubi kayu.....tak terlangkah kaki Akak ni!!!) So Akak pun merajinkan diri petang semalam buat bengkang lagi...hehehe...

Kali ni saja gatal-gatal nak try melapis pulak......




Bahan2 yang digunakan:
  • 1 kg ubi kayu disagat ~anggaran lebih kurang 4 cawan hasil sagat
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah & 3 sudu besar gula pasir (kacau dengan 1/4 cawan air panas & tapis)
  • 1 sudu garam
  • 1 1/2 cawan air atau lebih tak kisah sebab lepas tapis air ni dibuang
  • 1 peket santan di campur terus ke dalam adunan
  • sedikit margarine atau butter
  • beberapa titik pewarna kuning dan cokelat
Cara-caranya:
  • Sagatkan ubi dan campur dengan 1 1/2  - 2 cawan air
  • Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih
  • sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah
  • air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal melekat liat dilapisan bawah
  • campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk
  • Masukkan garam dan sepeket santan serbuk & kacau rata
  • kemudian bahagikan kepada dua bahagian sama banyak
  • masukkan gula pasir, dan beberapa titik pewarna kuning pada satu bahagian
  • masukkan bancuhan air gula merah & gula pasir yang sudah sejuk & ditapis & beberapa titik pewarna cokelat
  • Tuang 1 cawan adunan bewarna kuning ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 7 X 7 inci dan ratakan
  • Bakar selama 10 minit
  • Tuang 1 cawan adunan dari  bahagian berwarna cokelat pula dan bakar lagi selama 10 minit
  • ulang proses hingga selesai
  • sapukan sedikit butter pada lapisan paling atas selepas 10 minit dan terus
  • Bakar selama 30 minit atqau lebih ...bergantung pada tahap kerak yang anda suka.
  • Bila dah sejuk....baru cantik dipotong....
NOTA : adunan biar pekat sikit....sebab terbukti tak perlu tambah air banyak akan menghasilkan bengkang yang kering elok jer!


Okaylah ya.....nanti ada kelapangan kita jumpa lagi ya....!




*.*