Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, August 4, 2011

Cappucino Cheese Puding

Assalamualaikum kembali dengan resepi yang dicuba setelah terpandang di blog Yatie pagi tadi......rasa macam ada bahan-bahan yang diperlukan tu.....so try lah Akak godek-godek tengok...janji ada satu dish dah.....sebagai penyejuk tekak semasa berbuka nanti...hehe!

Rasa tak tahu lagi....tapi dari aroma yang terhasil tu...mak aiiiii harum dan sedap sangatlah!!!



Cappucino Cheese Puding

Resepi asal Puding Keju: Roz@HomeKreation
Sumber: Yatie@Sinar Kehidupanku

Saiz 8" persegi
BAHAN2:

  • 13 gm Serbuk Agar-Agar (Akak guna 10 gm)
  • 1 liter Air
  • 120 gm Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150 gm Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400 ml Susu Cair
  • 200 gm Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
  • 50 gm Mentega
CARA2:

  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  2. Masukkan gula ; kacau sehingga sebati.
  3. Pukul telur sehingga rata ; campurkan biskut ; tpg kastad.
  4. Masukkan susu & kacau sebati.
  5. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  6. Masukkan mentega sehingga sebati.
  7. Tuang ke dlm tin/acuan ; Akak masukkan sedikit cappucino paste dan tuangkan menggunakan botol bermuncung satu untuk mencorakkan gaya marble gitu....... biarkan sejuk di suhu bilik.
  8. Sejukkan sebelum di hidangkan.

  • Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender. Yatie pun ikut cara K.Nor.
  • Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)
  • utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), ambil sebahagian dari adunan (lebih kurang 2 cawan) puding dan masukkan 1 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Pastu bolehlah melayer puding tu spt yg K.Nor buat (plain --> chocolate --> plain). Atau terpulang pada citarasa masing2 nak buat versi belang2 pun boleh. 


  • Akak main deco cincai-cincai jer tu...so abaikan hasil yang sedikit sememeh itu!





Jadi Akak nak ke dapur balik dah ni.....untuk misi yang seterusnnya! Sebelum tu terima kasih kepada penyumbang resepi dan juga Nor & Yatie yang secara tidak lansung menjadi perantaraan dalam perkongsian resepi yang nampak sangat sedap ini......Mohon dihalalkan segala ilmu yang Akak guna pakai di dapur Akak ya!

Okaylah....hingga jumpa lagi!!


Juadah Berbuka Puasa Hari ke 3 ~ Menu simple jer!

Assalamualaikum semua yang membaca.....terima kasih sekali lagi kerana meluangkan masa menjenguk dapur kecil Akak ni....menu juadah untuk berbuka hari ni agak simple....

Buah Melaka bak kata orang utara....tapi setengah-setengah tempat pula mengenali jaudah ni sebagai onde-onde. Rasanya resepi buat buah melaka ni....adalah antara resepi kuih pertama yang Akak belajar masa mula-mula Akak nak belajar main masak-masak kecik-kecik dulu. Dari dulu pun Akak tak ada pakai sebarang sukatan sebabnya Akak main tuang jer tepung dalam bekas dan bancuh....



Petang tadi bincang dengan Reena & Along....nak buat apa untuk berbuka petang ni....maka kami sepakat nak menu yang memudahkan kerja Mama....hehehe....anak-anak suka...mama pun gumbira! Reena yang tolong buatkan buah melaka ni....selepas Akak bancuhkan tepung.....kerja merebus Akak yang buat....dia cuma tolong masukkan gula melaka ke dalam tepung & gentelkan aje! Lepas tu Akak rebus & salutkan kelapa parut.....Alhamdulillah...itu pun dah cukup meringankan kerja Mama kat dapur ni!


Resepi Buah Melaka

Bahan-bahan:
  •  tepung pulut
  • Air daun pandan  secukupnya (Akak gunakan pandan paste dengan air )
  • gula melaka/kabung ~ dipotong kecil-kecil utk intinya
  • Kelapa parut secukupnya ~ digaul dgn sedikit garam halus (Akak panaskan sekejap dalam microwave baru gaul garam ~ untuk elak dari mudah basi)

Cara penyediaan:

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul bolehlah diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Gaul dengan kelapa parut.
8. Siap untuk di hidangkan.






Ini pulak untuk penuhi permintaan anak bujang sulong Akak....mee goreng basah.....Akak main campak-campak jer bahan yang ada dalam kuali....berlaukkan daging sebab stok udang dah habis....just tumisan berudang kering sikit buat bangkitkan bau....



Gambar mee goreng basah yang tak sempat di hiasi potongan telur rebus dan taburan bawang goreng bagai ni ala-ala versi cedok terus snap sebab AZAN dah berkumandang tanda waktu untuk berbuka ......ooops so yang sempat disnap cuma sambal kicap sebagai pelengkap hidangan.....



Nampaknya......tak boleh miss sahur.....sebab family kami belum jumpa NASI  lagi.....apa-apa pun juadah sahur kebiasaannya Akak buat nasi goreng jer....tengoklah mana yang sempat karang...Akak nak gi tidor dah ni...karang tak bangun untuk sahur pulak.....Okalylah....Syukur Alhamdulillah untuk rezeki berbuka hari ni...simple but satisfy our needs....!

Selamat Malam Semuanya!

Wednesday, August 3, 2011

Puding Roti Karamel

Assalamualaikum semuanya.....wah ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa.....dalam kepala masih blurr aje nak masak apa hari ni. Buat rujukan di kemudian hari Akak nak tepek kejadian puding roti karamel yang Akak buat semalam sebagai pemanis mulut untuk juadah berbuka puasa semalam.


Resepi puding ni Akak dah lama KIV dari blog adik-adik dan rakan-rakan blogger yang telah lama dok try resepi-resepi menarik yang ke udara......akak pun dah beberapa kali buat puding ni tapi nak meng 'update' jer tak kesampaian. Akak rasa resepi ni sangat sesuai dengan tekak Akak dan anak-anak ...terutama si Reena dan Along.....kalau dibiarkan sebiji sorang pun dia orang boleh hadap ni!... Tapi Akak dah pesan awak-awal...bulan puasa ni kita kena control nafsu....bersederhanalah!

Kalau tak silap Akak resepi ni Akak tinjau dari Encik Google....akhirnya dia bawa Akak ke beberapa blog yang dah menghasilkan kejadian menarik ini.....antaranya dari blog Adik Hana Kanazawa...ermmmm (Akak masih berhutang dengan Dik Hana ni.....Akak tak lupa !)

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL 
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source: Hana@http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je. (Akak ikut Hana juga!)
Terima kasih Akak ucapkan buat penyumbang asal yang telah berjaya mencetuskan idea menarik dan berjaya menghasilkan karya yang sangat sedap di tekak.....Mohon halalkan ya perkongsian resepi dan ilham menarik ini dan juga moga di izinkan juga untuk Akak panjangkan lagi perkongsian ini dengan para pengunjung dapur sempit Akak ini.



Selepas di kukus........sejukkan .....dinginkan dalam peti sejuk selama beberapa jam...baru di telangkupkan untuk hidangan.....nyummmmy!


Bila dah betul-betul dingin....sejuk...nyaman....baru dipotong......untuk di makan!





Sangat sesuai untuk juadah berbuaka puasa.....jadi pada yang belum mencoba.....cobalah!!!Tak rugi tau!


Okaylah banyak lagi nak Akak selesaikan ni.....bila ada kelapangan baru Akak boleh hadap PC ni lama-lama sikit dan nak jawab apa yang perlu pada rakan taulan yang sudi tinggalkan jejak komen di dapur sempit Akak ni!!! Okaylah Akak minta diri dulu ya! Kita jumpa lagi nanti Insyaallah!