Adakah ini satu Tabungan???

Monday, August 2, 2010

Heavenly Carrot Cake pulak dah!!

 *.*
Assalamualaikum semua 
Sebenarnya banyak lagi kerja Akak nak buat ni tapi just nak tempek juga resepi carrot cake yang Akak buat sempena menyambut kedatangan parents-in-law, week-end baru ni....dan kek ni dah dapat tempat di hati bapa mertua Akak tau! Mak nertua Akak pula kurang sikit dengan kek ni...maybe sebab ada cream cheese tu agaknya! Jadi untuk raya nanti rasanya akan adalah kek ni ikut Akak balik kampung....hehehe!(maybe tanpa topping kot!)





Akak copy & paste dari Blog Yatie Mohon izin ya pada pemilik asal dan penyumbang-penyumbang resepi kek ni....Akak minta halal ya perkongsian ilmu ini untuk di panjangkan pula pada yang lainnya! Terima kasih yang tak terhingga je lah yang mampu Akak katakan di sini...!

Resepi Heavenly Carrot Cake

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING (Zaliana)
  • 50 gm mentega
  • 215 g cream cheese
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125 gm gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
UNTUK CREAM CHEESE :-
  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus.
  2. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...


Okaylah ya..... Akak nak kena chao dulu!!!....Maklumlah hujung minggu yang sangat busy....dan Akak ada projek lagi ni nak kena buat  kat dapur.....menu hari ni just sambal tumis udang jer...sebab ayam masak cabai semalam ada lagi.....tapi ni projek lain yang masih tertunggak....got to go!!









*.*

3 comments:

nas said...

so rich n creamy...sedap2

Alimaz-Kembara Terasing said...

cedap...

Softtouch [Hanim] said...

penuhnya topping dia..sedaplah..tp mcm ssh jer nk buat..kek batik tu pun belum buat kak watie..hehe he