Adakah ini satu Tabungan???

Thursday, August 5, 2010

Annoucement. lagi kuih untuk jualan....&....................................Blog Updates ....Resting ....seketika!


*.*
Assalamualaikum...

Akak nak minta maaf pada semua kerana terlalu busy nak update kebelakangan ni...atas sebab tak pandai nak bahagi kan masa ...dengan beberapa usaha memajukan business menjelang Ramadhan dan Syawal....jadi BLOG UPDATES will be resting seketika....sehinggalah Akak pandai mengimbangkan masa.....jadi I will still be around tapi just that my blog akan senyap sekejap jer!!

Di kesempatan ini Akak ucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan sama-samalah kita mengerjakan ibadah puasa dengan penuh kesyukuran dan patuh pada perintah dan menjauhi segala larangannya....Moga Allah memudahkan segala urusan buat kita semua!

Sedang mengusahakan kuih tart bunga with my homemade jam dan kuih maruku gunting di samping bunga dahlia yang telah Akak warwarkan terdahulu!




Tart Nanas Bunga - 50 biji @ RM20


 

Maruku Gunting - sekilo @ RM13

Okaylah I really have to go sebab sekarang ni tengah sibuk buat marketing dan handling out samples...dan sambutan...setakat ni Alhamdulillah.....at a good start!Syukur...semuanya rezeki dari Allah....and tak sangka pulak something dari minat memasak Akak akan menjirus ke arah menjana pendapatan....so kalau ada yang nak ikut jejak langkah Akak....it's never too late to start.....ada rezeki kita...insyaallah!

Well I really have to go.....will try to make time to visit you guys.....hopefully soon! Moga Adik2 dan kawan2 diluar sana .....selamat menyambut Ramadhan alMubarak!

Sila buat tempahan segera dengan panggilan terus atau SMS ke 

019-4800424
Kak Watie



*.*

Monday, August 2, 2010

Kuih Bunga Dahlia......untuk tempahan Raya!

*.*

Assalamualaikum.....

Sekirannya ada yang berminat dengan Kuih Bunga Dahlia .....ini ada berita baik...terutama bagi peminat atau pengemar kuih ni di sekitar Pulau Pinang.....Akak sedia menerima tempahan mulai sekarang sehingga 15 Ramadan sahaja(Itu pun tertakluk sekiranya sambutan melebihi keupayaan Akak ....Akak terpaksa pendekkan tempoh pesanan!)


Harga untuk 50 keping ++ ialah RM15.00



 




Sila buat tempahan segera dengan panggilan terus atau SMS ke 

019-4800424
Kak Watie





*.*

Heavenly Carrot Cake pulak dah!!

 *.*
Assalamualaikum semua 
Sebenarnya banyak lagi kerja Akak nak buat ni tapi just nak tempek juga resepi carrot cake yang Akak buat sempena menyambut kedatangan parents-in-law, week-end baru ni....dan kek ni dah dapat tempat di hati bapa mertua Akak tau! Mak nertua Akak pula kurang sikit dengan kek ni...maybe sebab ada cream cheese tu agaknya! Jadi untuk raya nanti rasanya akan adalah kek ni ikut Akak balik kampung....hehehe!(maybe tanpa topping kot!)





Akak copy & paste dari Blog Yatie Mohon izin ya pada pemilik asal dan penyumbang-penyumbang resepi kek ni....Akak minta halal ya perkongsian ilmu ini untuk di panjangkan pula pada yang lainnya! Terima kasih yang tak terhingga je lah yang mampu Akak katakan di sini...!

Resepi Heavenly Carrot Cake

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*
  • 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred "A"
  • 3/4 cawan minyak jagung
  • 3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
  • 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
  • 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING (Zaliana)
  • 50 gm mentega
  • 215 g cream cheese
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125 gm gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
UNTUK CREAM CHEESE :-
  1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus.
  2. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...


Okaylah ya..... Akak nak kena chao dulu!!!....Maklumlah hujung minggu yang sangat busy....dan Akak ada projek lagi ni nak kena buat  kat dapur.....menu hari ni just sambal tumis udang jer...sebab ayam masak cabai semalam ada lagi.....tapi ni projek lain yang masih tertunggak....got to go!!









*.*